Saturday, April 11, 2020

22 Tempat Menarik di Istanbul & Aktiviti Paling Menyeronokkan



Tempat Menarik di Istanbul

Apakah tempat menarik di Istanbul yang anda harus kunjungi?
“Andai Bumi ini adalah sebuah negara, Istanbul pasti menjadi ibu negaranya.” ~ Napoleon Bonaparte.CLICK TO TWEET
Istanbul merupakan sebuah bandar yang indah dan bijak dalam mengaplikasikan seni budaya dan sejarahnya dengan baik.
Melalui dua gabungan ciri-ciri ini, Istanbul muncul sebagai bandar yang mempersona dan menawarkan banyak keunikan kepada para pengunjung dari seluruh dunia.
Ditubuhkan pada zaman Neolitik, Istanbul yang kita temui pada hari ini masih setia kepada sejarah dan warisan mereka melalui binaan masjid-masjid yang ada, basilika dan katedral, serta bazar purba.
Melancong Ke Turki: 10 Tempat Utama Istanbul. Terletak di tengah-tengah antara Timur dan Barat Turki, bandar terbesar di Turki ini menawarkan daya tarikan dan godaan yang seakan-akan merayu pengunjung untuk datang ke sini.
Berikut adalah gambaran kepada lokasi-lokasi tarikan pelancong di Istanbul:

Menara Galata
Cityscape of Istanbul with the view on Galata Tower and boats in Golden Horn bay, Turkey
Jika anda melancong ke Turki, Menara Galata merupakan sebuah menara batu abad pertengahan yang setinggi 67 meter (219 kaki). Menguasai ruang udara Istanbul, menara ini menawarkan pemandangan-pemandangan indah lagi menarik bagi bandar tua ini dan kawasan-kawasan di sekitarnya.
Satu ketika dulu, menara ini membawa nama Menara Kristus dan merupakan bekas bangunan tertinggi di Istanbul ketika ia dibina pada tahun 1348.
Senibina Menara Galata
Meskipun sudah berabad lama, menara ini masih berdiri kukuh hingga ke hari ini. Ia telah mengalami pelbagai perubahan demi perubahan mengikut zaman, di mana pada permulaannya ia dijadikan sebagai bangunan pengawas kota.
Namun pada tahun 1717, ia dijadikan menara pemerhati untuk mengesan kebakaran. Pada hari ini, puncak menara ini kini dilengkapi dengan sebuah kafe, restoran dan kelab malam, yang mana kedua-duanya boleh dicapai dengan menaiki lif di dalam bangunan sembilan tingkat ini.

MuziumArkeologiIstanbul

istanbul archaeology museum
Muzium Arkeologi Istanbul merupakan salah satu daripada muzium terpenting di bagi anda yang ini melancong ke Turki.
Ia sebenarnya adalah sebuah kompleks yang terdiri daripada tiga buah muzium serentak iaitu Muzium Arkeologi, Muzium Timur Purba dan Muzium Kiosk Berjubin.
Ketiga-tiga muzium ini apabila digabungkan menempatkan lebih daripada 1 juta objek daripada pelbagai tamadun dan peradaban di seluruh dunia.
Istanbul Archaeology Museum
Terdapat Pelbagai Sarcophagus di Muzium ini dan yang terkenal adalah The Alexander Sarcophagus | Kredit: Schezar

Muzium ini telah ditubuhkan pada tahun 1891 dan merupakan muzium Turki yang pertama sekali dibina. Ianya terletak berdekatan Taman Gyulhane, di bahagian lapangan Istana Topkapi.
Tapak Kiosk Berjubin tersebut pula dicatatkan sudah wujud sejak tahun 1472 lagi, seperti yang tercatat pada gerbang masuk utamanya.
Salah satu artifak berharga daripada beribu-ribu artifak yang ada di sini adalah keranda Alexander the Great.

Gereja ChoraGerejaChora

Chora Church Constantinople
Gereja Chora mungkin sekali tidak tercatat dalam destinasi pelancongan utama bagi para pelancong yang datang ke Istanbul, namun bagi kebanyakan pengunjung yang tiba di sini, mereka pasti akan mengagumi keindahan seni Byzantine yang ada di sini.
Malahan ramai pengunjung yang datang ke sini mengatakan bahawa lawatan mereka sebagai satu lawatan yang berbaloi.
Chora Church Constantinople

Mosaik indah yang ada mengambarkan akan kehidupan Yesus (Nabi Isa) dan ibunya, Mary (Mariam). Dikenali sebagai Church of Holy Savior (Gereja Juruselamat Kudus) mengikut kepercayaan kristian di Chora, gereja ini terkenal kerana seni Byzantine indah yang masih terpelihara baik untuk tatapan ramai.
Berbalik ke zaman Constantine, Chora merupakan sebuah biara pada tahun-tahun awal pembinaannya; namun beberapa dekad kemudian, ia menjadi masjid sebelum ditukarkan kepada muzium pada tahun 1948.

Basicila CisternBasilicaCistern
Basilica Cistern in Istanbul
Basicila Cistern merujuk kepada tangki air yang mana telah menjadi sumber bekalan air kepada penduduk Istanbul sejak abad keenam lagi, apabila ia diarahkan pembinaan oleh Maharaja Rom Justinian I.
Pengunjung yang datang ke sini kebiasaannya akan merasa kagum dengan teknologi yang digunakan oleh Rom purba untuk membina keajaiban seni bina yang melangkau zaman seperti tangki air ini.
Underground water storage Yerebatan Sarayi (Basilica Cistern), Istanbul, Turkey
Tangki air bawah tanah, yang terletak beberapa langkah dari Masjid Biru, telah dibina di tapak gereja yang telah dibina pada abad ketiga.
Dikenali sebagai Istana Tenggelam, tangki ini boleh menampung sehingga 2.8 juta kaki padu air. Tangki air ini merupakan salah satu lokasi yang digunakan dalam filem James Bond, “From Russia with Love” yang difilemkan pada tahun 1963.

Istana DolmabahceIstanaDolmabahce
Gate of the Treasury (Hazine-i Hassa Kapısı)
Gate of the Treasury (Hazine-i Hassa Kapısı) | Kredit: KLMircea

Mewah, mahal dan cantik hanyalah sebahagian daripada kata sifat yang boleh menggambarkan Istana Dolmabahce ini, yang mana telah dibandingkan dengan Istana Versailes di Paris, Perancis.
Istana ini telah dibina pada abad ke-19 menggunakan 14 tan daun emas, dan istana Turki yang paling bergaya ini menggabungkan seni bina tradisional Uthmaniyah dan gaya Eropah seperti NeoklasikBaroque dan Rococo.
dolmabahce-istanbul-palazzo-turkey
Menjadi rumah kepada enam sultan sejak 1856-1924, istana ini juga turut menjadi rumah kepada kandil kristal terbesar di dunia, sebuah hadiah daripada Ratu Victoria.
Tetapan Istana Dolmabahce ini adalah sangat menakjubkan: ianya dibina sepanjang pantai Bosphorus.

Masjid SuleymaniyeMasjidSuleymaniye
Suleymaniye mosque (Süleymaniye Camii), Istanbul, Turkey

Kebanyakan pengunjung yang datang ke Masjid Suleymaniye berkata bahawa keindahan dan kedamaian yang mereka lihat di sini memberikan mereka inspirasi kerohanian.
Ini adalah salah satu keunikan utama bagi sesorang yang melancong ke Turki.
Rekabentuk dalaman Suleymaniye
Terletak di Third Hill, Instanbul, masjid ini telah diarahkan pembinaannya dalam tahun 1550 oleh Sultan Suleyman the Magnificient (Sultan Sulaiman Yang Hebat).
Masjid ini sesungguhnya indah, menggabungkan seni bina Islam dan Byzantine.
Pemandangan Indah Masjid Suleymaniye
Beberapa tahun kemudiannya, masjid ini mengalami kerosakan teruk, termasuklah semasa Perang Dunia Pertama di mana kebakaran berlaku dan taman-taman pula digunakan sebagai depot senjata.
süleymaniye-cami-minaret-istanbul
Ia kemudiannya dibaikpulih pada pertengahan abad ke-20. Masjid ini ditandakan dengan empat menara, menunjukkan ia dibina oleh seorang sultan.
Ketika ia dibina, kubahnya merupakan yang tertinggi sekali dalam Empayar Uthmaniyah.

Grand Bazaar GrandBazaar
Grand Bazaar
Grand Bazaar merupakan bazar besar yang menjadi lokasi berjual beli yang telah lama wujud di Istanbul. Bagi pelancong yang suka membeli belah, ia merupakan sesuatu yang tidak boleh dilepaskan.
Menempatkan 5,000 buah kedai di dalamnya, Grand Bazaar merupakan pasar tertutup terbesar seumpamanya di dunia.
oriental cushions.Textiles in the bazaar in Istanbul
Dengan kunjungan seramai suku juta orang setiap hari, bazar ini menawarkan pelbagai jenis barangan seperti perhiasan, permaidani, rempah-ratus, barangan antik dan seramik lukisan tangan.
Bazar ini direkodkan bermula sejak tahun 1461 lagi dan pada hari ini.
Grand Bazaar omar-tursic-679435
Ia menempatkan dua buah masjid, empat air pancut, dua buah hammam atau mandian wap, dan juga Cevahir Bedesten, di mana barangan tradisional yang paling ganjil dan paling jarang ditemui boleh ditemui di sini.
Di sinilah di mana para pembeli menemui syiling-syiling lama, barangan kemas bertatahkan berlian, senjata bertatah dan juga perabot antik.

Topkapi Palace TopkapiPalace
Topkapi Palace
Topkapi Palace atau dalam bahasa Melayunya Istana Topkapi merupakan salah satu daripada destinasi-mesti-pergi di Istanbul.
Ia merupakan tempat tinggal utama oleh sultan-sultan Uthmaniyyah untuk hampir 400 tahun lamanya (1465-1856).
dewan kekaisaran di Istana Topkapi
Dewan Kekaisaran di Istana Topkapi |Kredit: Miwok

Kaya dengan sejarah Empayar Uthmaniyyah, Istana Topkapi ini dikelilingi oleh dinding batu sepanjang lima kilometer (3.1 batu) dengan 27 buah menara.
Istana ini juga merupakan mercu tanda dan tarikan utama jika melancong ke Turki.
Imperial Gate
Direkodkan sejak abad ke-15 lagi, istana ini terletak di atas bukit yang menghadap ke Laut MarmaraBosphorus dan Golden Horn.
Walaupun dulunya ia juga pernah menjadi kediaman rasmi diraja oleh sultan-sultan Empayar Uthmaniyyah dan kerusi-kerusi parlimen kerajaan Turki. Namun kini, ia hanya merupakan sebuah muzium yang mana dianggap sebagai istana terbesar dan tertua di dunia.
topkapi-Garden
Di sini, pengunjung boleh melawat kuarters kepada gundik-gundik raja, melihat di mana kerajaan Turki bekerja, koleksi senjata-senjata lama yang digunakan oleh sultan-sultan, dapur-dapur istana dengan koleksi porselin yang besar, dan gudang khazanah penuh dengan koleksi permata dan jam.
Paling istimewa, ia turut mengandungi relik penting dunia Islam, termasuklah jubah dan pedang Nabi Muhammad s.a.w.

Masjid Biru MasjidBiru
Famous Blue Mosque at sunny summer day in Istanbul, Turkey
Masjid Biru / Blue Mosque juga dikenali sebagai Sultan Ahmed Mosque merupakan masjid yang dibina pada abad ke-17 di mana, ianya masih lagi aktif digunakan sebagai tempat beribadat hingga ke hari ini.
Pengunjung yang bukan Islam perlu untuk melihat jadual lawatan sebelum datang ke sini, kerana masjid akan ditutup ketika tempoh lima waktu solat sedang berlangsung untuk setiap hari bagi umat Islam.
Blue Mosque interior. Also know as the Sultan Ahmed Mosquei n Istanbul, Turkey
Seperti mana masjid yang berada di Malaysia, semua pengunjung diharuskan menanggalkan kasut dan wanita pula menutup rambut mereka.
Sejujurnya, ini adalah harga yang amat kecil untuk dibayar jika dibandingkan dengan peluang melihat khazanah bernilai yang ada di sini.
the-famous-blue-mosque-in-istanbul-PGZJQT7
Masjid ini dihiasi dengan 20,000 jubin seramik dalam pelbagai reka bentuk tulip dan 200 tingkap kaca berwarna; semuanya dengan reka bentuk yang rumit lagi unik.
Masjid ini yang dibina oleh Sultan Ahmet yang mendapat inspirasi untuk menamakannya sempena jubin biru yang ada pada kubah dan bahagian atas rekaan dalamannya, maka dinamakan Masjid Biru.

Hagia SophiaHagiaSophia
Hagia Sophia in summer Istanbul at sunny day, Turkey


Hagia Sophia pernah menjadi rumah ibadah kepada beberapa agama lain selain Islam sepanjang zaman terdahulu.
Ia bermula sebagai gereja Yunani Timur Orthodox, yang mana menjadi rumah kepada Patriark Constanipole apabila ia dibina pada tahun 537.
Hagia Sophia
Bangunan ini adalah tumpuan utama anda jika anda melancong ke Turki. Selama hampir enam dekad dalam abad ke-12, ia menjadi gereja Roman Katolik.
Ia kemudiannya menjadi masjid pada tahun 1453 dan kekal sehinggalah ianya ditutup pada tahun 1931.
the-hagia-sophia-in-istanbul-PM9CJJZ
Kemudian, ia dibuka semula sebagai muzium pada tahun 1935. Pada satu masa dahulu, ia adalah katedral terbesar di dunia, dan menjadi inspirasi kepada masjid-masjid lain, termasuklah Masjid Biru kerana senia bina Byzantinenya yang hebat.
Kini, Hagia Sophia amat terkenal dengan mozek yang menggambarkan pelbagai adegan keagamaan.

HippodromeHippodrome
Hippodrome Istanbul
Ia dibawa dari Mesir pada tahun 390 AD oleh Theodosius yang Agung, dan diukir dalam granit merah jambu. Istanbul, Turki | Kredit: Ben

Hippodrome merupakan salah satu daripada bahagian yang terpenting dalam Sultanahmet. Disini anda boleh temukan berbagai jenis tempat tarikan yang menarik.
Dari sini anda boleh ke Hagia Sofia, Masjid Biru, Topkapi Sarayi atau Muzium Kesenian Turki dan Islam.
Sultanahmet_Square_Hippodrome_Istanbul
Antara waktu yang paling menarik untuk anda berkujnung ke sini adalah ketika adanya musim cuti atau perayaan dimana dataran ini akan dihias dengan bendera Turki.
Ia juga menyediakan kerusi untuk anda berehat dan bersantai disamping melihat orang awam berjalan-jalan disini. Ia juga mempunyai banyak kafe dan gerai dimana anda boleh menikmati hidangan-hindagn unik Turki.

Spice BazaarSpiceBazaar(MisirÇarsisi)
Central coridor with many stands in Spice Bazaar, near of (Yeni Camii) in Istanbul , Turkey
Koridor tengah dengan banyak gerai di Spice Bazaar, berhampiran dengan (Yeni Camii) di Istanbul, Turki

Dari jauh lagi anda boleh hidu bau rempah, kurma, jeruk dan bermacam-macam lagi. Kebiasaannya, anda memerlukan sekitar 3 jam untuk membeli-belah disini. Bukan apa. Disini, anda boleh temukan ramai peniaga yang menjual barang yang sama.
Jadi, anda pastinya akan mengambil masa anda untuk mencari peniaga yang menjual pada harga termurah dan tawar-menawar harga.
istanbul-spices-bazaar
Didalam Spice Bazaar ini, anda akan dapat melihat susun aturnya yang menarik, seni binanya yang unik dan kawasannya yang bersih serta dijaga dengan baik.
Anda boleh temukan apa saja termasuklah barang kemas pada harga yang agak berpatutan.

Muzium Seni Turki dan Islam seumofTurkishandIslamicArts
Turki, Istanbul, Muzium Seni Turki dan Islam (Ibrahim Pasha Palace) Saya terkesan oleh pemegang lilin perak gergasi ini sehingga saya pergi ke Topkapi
Turki, Istanbul, Muzium Seni Turki dan Islam (Ibrahim Pasha Palace) Pemegang lilin perak gergasi

Walaupun saiz muzium ini tidaklah terlalu besar, anda boleh melihat kesemua bahan pameran ini dikelaskan dengan penuh teliti dan mengikut kronologi.
Setiap bahan pameran akan dipamerkan dalam bilik yang berasingan menurut era sejarah Islam. Ia juga disusun dan dipamerkan mengikut jenisnya.
Türk ve İslam Eserleri Müzesi halılar
Türk ve Islam Eserleri Müzesi

Barangan daripada Nabi Muhammad S.A.W dan para sahabat juga dipamerkan disini. Ia dijaga dengan rapi dan dipamerkan dengan cantik.
Apa yang lebih menarik adalah, setiap penjelasan ditulis dengan teliti dan sangat sesuai untuk anda yang sangat berminat dengan sejarah.

Little Aya Sofya LittleAyaSofya(KüçükAyaSofya)
Little Aya Sofya
Pada asalnya ia merupakan sebuah gereja yang dibina sebagai memperingati salah seorang arkitek kegemaran Maharaja Theodosius. Ada juga yang mengatakan ia sebenarnya untuk memperingati dua askar Byzantine iaitu Sergius dan juga Bacchus.
Kini, ia telah diubah kepada masjid dan sering menjadi tumpuan pelancong luar untuk melawat dan menikmati keindahan senibinanya.
Interior of Kucuk Ayasofya Mosque Istanbul Turkey
Tiada bayaran masuk dikenakan. Sebaik saja anda melangkah masuk kedalamnya, anda pasti akan terpukau dengan keindahan simetri ruang didalam masjid ini.
Ia merupakan diantara evolusi awal kepada gaya senibina Byzantine yang kemudiannya digunakan dalam rekaan Hagia Sophia dan bangunan-bangunan lain.

Rustem Pasa MosqueRüstemPasaMosque
Rüstem Pasa Mosque
Ia terletak tidak jauh daripada Spice Bazaar. Anda perlu merentasi sebuah dataran besar terlebih dahulu untuk sampai kesini. Dari jauh lagi anda dah boleh nampak masjid ini sebenarnya.
Anda perlu mencari dan menaiki tangga yang agak tersembunyi untuk sampai ke kawasan laman masjid ini.
Gazi_Ahmet_Pasha_Mosque
Bila anda dah sampai ke laman ini, anda pastinya akan rasa seperti anda dah jauh daripada binaan moden Istanbul! Anda akan temukan dindingnya yang dihias dengan jubin yang cantik yang memang memukau setiap mata yang memandang.
Rekaan dalamannya juga jauh lebih menarik berbanding dengan tempat lain dan ramai yang mengakui bahawa mereka dapat merasakan suatu bentuk ketenangan apabila berada disini.

Istana YedikuleYedikuleFortress(YedikuleHisari)
Yedikule_hisari,_Istanbul
Istana Yedikule atau turut dikenali sebagai The Fortress of Seven Towers dibina pada abad kelima sewaktu pembesaran dan perluasan bandar pada era Empayar Roman Timur.
Sehingga ke hari ini, tembok Yedikule Fortress ini telah diruntuhkan oleh musuh dan dibina semula beberapa kali. Panjang tembok Yedikule Fortress ini adalah sekitar 22 kilometer.
Yedikule Fortress
Nama kubu ini diambil bersempena dengan tujuh menara diatasnya. Empat dibina oleh Byzantine dan tiga lagi dibina oleh Sultan Muhammad al-Fateh.
Selain digunakan untuk tujuan pertahanan, ia juga merupakan tempat untuk menyimpan harta diraja, penjara dan juga tempat penggantungan.

Carpet MuseumCarpetMuseum
Carpet And Kilim Museum
Karpet antik dari masjid-masjid Turki sejak abd ke 14 Masihi | Kredit: Mika Kato

Sebaik saja anda masuk ke muzium ini, anda akan diberikan penyampaian yang mendalam mengenai sejarah pembuatan karpet Anatolian. Karpet-karpet yang ada disini diambil daripada banyak masjid yang terdapat di negara ini bermula daripada abad ke-14 sehingga abad ke-20.
Terdapat 3 buah galeri disini dimana galeri pertama memaparkan rekaan karpet yang mengetengahkan corak geometri dan abstrak yang turut dikenali sebagai karpet Holbein.
Dalam isi rumah tradisional, wanita dan perempuan mengambil karpet dan kilim tenunan sebagai hobi
Wanita Turki menenun karpet dan kilim tenunan sebagai hobi sejak dari kecil lagi

Galeri kedua pula memaparkan karpet Anatolian berkonsepkan timur dan juga barat dan galeri ketiga pula merupakan galeri yang paling mencuri tumpuan dimana karpet-karpet besar Usak yang dibawa dari Masjid Suleymaniye dari abad ke-17 dan 18 serta karpet abad ke-19 daripada Masjid Biru dipamerkan disini.

Istanbul Modern IstanbulModern
Istanbul Modern Art
Istanbul Modern atau turut dikenali sebagai Istanbul Museum of Modern Art merupakan sebuah muzium seni kontemporari di daerah Beyoglu.
Ia dibuka pada 11 Disember 2004 dan kebanyakan hasil seni disini adalah daripada rakyat Turki sendiri.
Istanbul Modern
Muzium ini merupakan tinggalan gudang maritim yang menawarkan ruang pameran pada kedua-dua tingkat bangunannya. Tingkat atas mempamerkan koleksi kekal yang ada disini, memuatkan bilik-bilik untuk tujuan pembelajaran, kedai dan juga restoran.
Tingkat bawah pula digunakan untuk pameran-pameran pada musim tertentu, Istanbul Modern Cimena dan juga perpustakaan.

Masjid FatihFatihMosque
Fatih Mosque
Kompleks Masjid Fatih merupakan sebuah masjid yang dibina sekitar tahun 1463 ke 1470 atas arahan Sultan Muhammad Al-Fateh. Ia dibina diatas tapak Gereja Byzantine yang sedang berada didalam kondisi yang agak teruk sekaligus diperintahkan untuk dirobohkan.
Gereja tersebut merupakan tempat dimana Maharaja Roman Constantine bersemadi. Masjid ini dibina oleh arkitek Greek yang bernama Atik Sinan.
Fatih Mosque-burka-104041
Masjid Fatih ini merupakan projek monumental pertama dalam sejarah empayar Uthman. Masjid ini telah rosak teruk dalam sebuah gempa bumi yang berlaku pada 1509. Kejadian sama berlaku lagi pada 1557 dan juga 1754.
Pada tahun 1766 pula berlaku sebuah lagi gempa bumi yang terus memusnahkan masjid ini sekaligus memaksa Sultan Musatafa III membina sebuah masjid baru dengan menggunakan khidmat arkitek Mimar Mehmet Tahir.

Pera MuseumPeraMuseum
Peramuzesi_nighttime
 Pera Museum merupakan  sebuah muzium yang dibina pada tahun 2005 oleh Suna & Inan Kirac Foundation sebaik saja kerja pemulihan bangunan hotel lama Pera selesai dilakukan.
Sejak dari hari tersebut, ia telah menjadi diantara pameran paling mengagumkan di Turki dengan tiga koleksi utamanya iaitu “Orientalist Painting”, “Anatolian Weight and Measures”, dan “Kutahya Tiles and Ceramics”.
Koleksi Kütahya Tiles dan Seramik di Muzium Pera Istanbul
Koleksi Jubin Kütahya dan Seramik di Muzium Pera Istanbul

Selain tiga tarikan utama ini, Pera Museum turut memberikan program pendidikan percuma kepada kanak-kanak pada setiap minggu. Memang tidak dinafikan bahawa Pera Museum merupakan diantara destinasi yang wajib anda kunjungi jika anda berada di Turki.

UskudarÜsküdar
istanbul-the-maiden-s-tower-date
Uskudar pada asalnya dikenali sebagai Scutari, merupakan sebuah daerah yang terletak di Turki. Ia bersempadan di utara dengan Beykoz, di timur dengan Umraniye, di barat dengan Bosphorus dan di selatan dengan Kadikoy.
istanbul-üsküdar-cami-turkey-islam
Ramai yang memilih untuk ke Uskudar kerana ia merupakan sebuah kawasan yang agak sesak dengan pengunjung dan juga penduduk setempat, ia masih mempunyai banyak kawasan-kawasan hijau seperti Bukit Camlica.
Selain itu, ia juga mempunyai tarikan lain seperti persisiran pantai Bosphorus dan taman-taman. Ia juga mempunyai banyak bangunan bersejarah dan juga tapak keagamaan.

Istiklal Caddesi and TaksimIstiklalCaddesiandTaksim
Istiklal Caddesi and Taksim
Nama lainnya adalah Istiklal Street yang merupakan sebuah jalan yang sangat panjang. Ia menjadi tumpuan pengunjung untuk berjalan-jalan disamping mencuci mata dengan pelbagai barangan tempatan Turki.
Anda pasti akan terkejut kerana anda boleh temukan apa saja disini seperti baju, kasut, makanan Turki dan bermacam-macam jenis makanan lagi.
Istiklal Caddesi and Taksim Tram
Taksim pula merupakan sebuah dataran yang berada berdekatan Istiklal Street ini.
Ramai juga yang memilih untuk menginap di Taksim dan kemudian mencari masa terluang untuk berjalan-jalan di Istiklal Street.

Video Tempat Menarik di Istanbuldarinegaramubagimencarisesuatuyangberharga:Bermusafirlahkeranabagimusafiritu,ada5kelebihan.Terlepasdaripadakerumitan,dapat