Kos Melancong ke New Zealand Serendah RM1616.25 Sahaja Selama 15 Hari
ITINERARI & KOS MELANCONG KE NEW ZEALAND
Tips Bajet ke New Zealand
Tips Bajet ke New Zealand
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Disebabkan ramai yang tanya berapa bajet dan itinerary aku ke New Zealand baru-baru ni, so sini aku nak share total kos dan itinerary selama 15 hari ke South dan North Island, New Zealand. Ade dua kos aku highlightkan kat sini iaitu kos yang sepatutnya dan kos yang bukan-bukan iaitu kos yang ko tak patut belanjakan pon tapi aku terbelanja. Haha…. Baca dulu sampai habis kenapa harga RM1616.25 je. Jangan Kecam dulu. hahaha.... Entry penuh akan dipublish dalam masa terdekat. :) Gambar kat bawah ni pulak aku malas nak edit letak watermark. Sape curi aku tak halalkan.
2) Flight Jetstar - Auckland ke Queenstown : RM259.00 (Include 20kg Luggage)
3) Flight Jetstar – Christchurch ke Auckland : RM144.00 (Include 20kg Luggage)
*Optional (Kalau ko tak belanjakan pon xpe)
Nilai Dollar NZD dah ditukarkan ke RM dengan tukaran NZD1 = RM3
6/8/2016
Sampai di Airport dah petang so aku stay je kat Airport untuk amik flight ke Queenstown pukul 7 pagi esok.
Simcard Vodaphone : RM150/2 orang = RM75* (200 minutes free call + 3Gb data plan)
Dinner Kebab Pita Pit : RM38.40*
(Pita Pit ni tak certified Halal tapi ade option untuk pilih daging yang Halal. Dorang akan amik daging Halal dan masak dekat tempat masak yang berasingan dengan yang tak Halal. Kalau nak murah ko bawak bekal dari Malaysia je. Simcard pulak perlu sebab nak google direction senang.)
Airport Queenstown. Kecik dan lawa. |
7/8/2016
Sampai di Aiport Queenstown terus pergi amik kereta yang kitorang dah booked dari Malaysia iaitu dari Apex Car Rental. Lagi lama korang sewa lagi murah dan nak murah lagi share 4 orang satu kereta. Aku pergi berdua je so rugi la sikit. Kereta dapat dengan minyak yang penuh so bila hantar nanti kena isi penuh jugak)
Nisan Tiida (Sedan ) : RM63/hari x 10 hari = RM630/2 orang = RM315
Snow Chain : RM75/2 orang = RM37.50* (Kalau tak amik pon okay sebab aku datang time snow so ingat ade snow atas jalan. Ruapanya tak de. Rugi je RM75)
Shopping Groceries di Countdown : RM30/hari x 10 hari = RM300 (di South Island sahaja)
**Groceries ni memang dah bajet dari Malaysia nak spend RM30 je sehari. Alhamdulillah mencukupi sebab harga groceries tak semahal makanan yang dah siap dimasak. RM300 untuk 10 hari ni pon dah rasa terlebih sebab aku siap bawak yang lebih tu ke Auckland.
Penginapan X base Travel Auckland : RM45/malam x 5 malam = RM225
(Hostel Backpackers yang cukup selesa untuk tidur cumanya wifi tak xde. Kalau nak wifi kena caj berasingan)
**After checked in, masak untuk makan tengahari dan jalan-jalan sekitar Pekan Queenstown. Cantik giler Baq Hang!
Jumlah Hari ke-2 : RM877.5
(Jumlah hari ke-2 ni banyak sebab aku dah bayar lumpsum untuk semua perbelanjaan hari-hari seterusnya)
Permandangan di Tasik Wakatipu sama lu. hahaa... |
8/8/2016
Gerak ke Kawarau Bridge untuk tengok orang main Bungy Jumping and Zip Ride. Pergi tengok je so tak perlu bayar pape. Kalau nak try Bungy Jump, sekali terjun RM585. Untuk Zip Ride pulak RM150 seorang. Telan air liur je mampu.
Tengahari balik masak lepas lunch terus ke Gondola untuk main Luge. Pakej Luge ni dah book dari Malaysia so dapat best deal untuk Gondola + 4 x Luge RM147. Kalau book kat sana 1 Luge je dah RM36. Gondola sahaja RM99. Ingatkan nak stay sampai sunset tapi disebakan atas bukit tu ade snow, so terus turun sebab tak tahan sejuk.
Jumlah Hari ke-3 : RM147*
(Optional jugak sebab kalau ko just nak sampai atas je so bayar gondola je la. Tak pon nak cuba try 1 Luge je ataupun tak nak naik langsung atas tu so tak perlu la bayar. Hehe…)
Litar Luge. Best woo... MUST Do in Queenstown. |
9/8/2016
Pergi ke Coronet Peak untuk tengok orang main ski. Ade banyak tempat untuk Ski kat Wilayah Otago tapi paling dekat dengan Queenstown ialah The Coronet Peak. Boleh tengok free. Ko nak amik gambar orang main ski sedekat yang mungkin pon boleh. Xde bayaran diekenakan.
Tapau makanan siap-saip dan makan di Arrowtown.
Arrowtown ni ialah sebuah pekan kecil yang dulunya ialah sebuah tapak melombong emas tak silap. Aku ni bab sejarah memang hampeh sikit.
Otw balik singgah Lake Hayes dan Kevin Height.
Jumlah Hari ke-4 : RM0
Permandangan dari sebuah taman di Kevin Height. |
10/8/2016
Kitorang amik ski pakej sehari di Cadrona. Cadrona ni jauh sikit dari The Coronet Peak tapi dengar-dengar sini macam paling best kat Wilayah Otago. Kitorang amik Beginner Package iaitu ade 2 kali kelas pagi dan petang. Tengahari break jap untuk lunch. Lunch tapau siap-siap dari Hostel.
Skii Beginner Package : RM450 + (Goggle + helmet Rental) *
(Optional sebab kalau ko pergi musim summer takkan nak main ski jugak kan? Hehe… Goggle ngan Helmet tu x yah sewa pon tak pe sebab aku tengok ade je yang tak pakai)
Jumlah hari ke-5 : RM450
Main ski di Cadrona. |
Sepatutnya plan asal nak pergi Mildfort Sound tapi perjalan lebih kurang 300km lebih so kitorang tak jadi pergi sebab penat giler main ski semalam. Dah la kaki aku kiri kanan melecet. So hari ni aku jalan-jalan pusing pekan Queenstown je. Lepak makan kebab menghadap view yang cantik tertarik memang daboom.
Turkish Kebab : RM30* (Small)
(Optional jugak tapi aku sarankan korang cuba sebab kebab kat Queenstown ni paling sedabp walaupun mahal dari Auckland. Banyak pulak tu daging. Aku siap tak habiskan makan. Sambung makan kat Queenstown Park.)
Jumlah hari ke-6 : RM30
Lepak makan kebab sambil jalan-jalan di Queenstown. |
12/8/2016
Bertolak ke Mount Cook. Isi minyak kereta di Cromwell sampai penuh tank dulu. Tank tak sampai E lagi tapi terus isi sebab risau otw nak pergi Mount Cook Stesen Minyak tak tahu mana. Permandangan sepanjang jalan memang lawa teramat sangat.
2 kali stop iaitu ambil gambar iaitu di Lindi’s Pass dan Lake Pukaki.
Sampai di Mount Cook terus ke Hooker Valley. Yang ni nanti aku cerita dalam satu entry khas. Penglaman paling best aku kat sana.
YHA Hostel Mount Cook : RM114
Minyak Kereta : RM141/2 orang : RM70.50
Jumlah Hari ke-7 : RM184.50
Hooker Valley |
13/8/2016
Lepas check out, masuk Tasman Valley jap then terus gerak ke Lake Tekapo. Singgah berenti amik gambar along the way to Lake Pukaki. Siap tumpangkan minah France yang nak Hitch Hike ke Lake Tekapo.
Petang tu ingat nak hike ke Mount John tapi track licin so tak jadi hike.
Bermalam di Tailor Made Backpackers Hostel. Aku suke hostel ni sebab macam homestay. Siap ade bela ayam dan arnab. Malam di Lake Tekapo kitorang ke tasik untuk Stargazing. Kebetulan jumpa sorang Chinese Malaysian yang sangat ramah dan banyak share ilmu pasal meteorology. Memang buat kerja giler habis sebab pepagi buta dalam suhu -3˚C kat tengah kawasan lapang nak tengok milky way tapi mengecewakan sebab terlalu banyak light pollution.
Tailor Made Backpackers Hostel : RM102
Jumlah Hari ke-8 : RM102
Glacier look out point di Tasman Valley |
Lake Tekapo |
14/8/2016
Sebelum gerak ke Arthur’s Pass, isi minyak dulu kat Lake Tekapo RM150. Jauh jugak dari Lake Tekapo nak ke Arthur’s Pass. Sebelum sampai ke Arthur’s Pass stop kejap kat Castle Hill. Tempat yang aku nak sangat pergi. Puas hati dapat pergi. Kalau sesape lalu route ke Arthur’s Pass boleh la Singgah Castle Hill.
Bermalam di Mountain House di Arthur’s Pass. Masa sampai ni hujan so kitorang tak dapat nak jalan keluar sangat.
Mountain House : RM93
Minyak Kereta : RM150/2 orang = RM75
Jumlah Hari ke-9 : RM168
Castle Hill. Besar batu ni. Boleh nampak cinonet je manusia kat belah kanan tu. |
15/8/2016
Selepas check out aku ke Devil’s Punchbowl Waterfall. Track nak ke air terjun ni kena mendaki sikit tapi view dalam hutan tu memang lawa. Macam mossy forest Gunung Irau. Devil’s Punchbowl Waterfall ni ialah air terjun plg lawa aku pernah tengok setakat ni. Hehe… Aku rasa lagi lawa kot. Lepas tu terus gerak ke Christchurch.
Check in di Kiwi House selama 2 malam di Christchurch. Lepas check in tak pergi memana sebab penat drive. So hari ni just duduk bilik main internet je sampai puas. Malam tidur. Hehe…
Jumlah Hari ke-10 : RM0
Devil’s Punchbowl Waterfall |
16/8/2016
Pagi tu gerak ke Hills Port tapi jauh pulak tengok map. Padahal dah sampai Dyers Pass tapi kitorang patah balik sebab minyak kereta dah nak E dan malas nak isi. Haha…
Petang tu aku sorang-sorang pusing Bandar Christchurch. Pergi Canterbury Museum dan Christchurch Botanic Garden dan kawasan sekitar. Jauh jugak menapak tapi puas.
Jumlah Hari-11 : RM0
Christchurch Botanic Park |
17/8/2016
Lepas breakfast terus gerak ke Airport sebab nak kena hantar kereta. Sewa dari Queenstown dan hantar di Christchurch. Sebelum hantar, isi minyak dulu sampai penuh. Fly dari Christchurch ke Auckland.
Sampai di Auckland, beli At Hop Card. Macam kad Tough & Go. Satu card RM30 lepas tu top up RM30. Di Auckland bermalam di X base jugak di Queen Street. Betul-betul tengah Bandar Auckland.
Minyak kereta : RM193.50/2 orang = RM96.75
At Hop Card + Top up : RM60
Groceries : RM36 (Untuk 4 hari di Auckland. Kedekut kan? Haha….)
X Base Travel Auckland : RM45/malam x 3 malam = RM135
Jumlah Hari ke-12 : RM291.75
18/8/2016
Aku jalan kaki sesorang ke Mount Eden, Auckland National Museum dan a few tempat-tempat menarik di sekitar badar Auckland. Makanan tapau dari hostel.
Petang plak aku ke Harbour sebab nak kejar sunset. Sebelum nak sunset sempat survey harga feri ke beberapa pulau sekitar Auckland tapi fikir bajet dulu lepas ke tak. Hehe… Actually cukup je tapi malas nak pergi sebab sejuk-sejuk pergi main kat pantai macam sengal jugak.
Sebelum ke Harbour aku pergi makan nasi lemak. Excited jumpa nasi lemak.
Nasi Lemak Ayam Goreng : RM40.50*
Jumlah Hari ke-13 : RM40.50
Mount Eden. The highest peak in Auckland. |
19/8/2016
Lepas breakfast gerak ke Dress mart Outlet di Onehunga. Dress Mart ni macam JPO atau Mitsui Oulet. Barang branded kat sini murah giler. Sempat rembat satu sandal. Otw balik jumpa kedai bundle, beli satu t-shirt RM15 je sehelai. Kualiti memang kebabom. Banyak yang cantik tapi bukan size aku. Size mat saleh kan besar macam hape. Pastu singgah Park & Save beli chocolate as souvenirs untuk kawan rapat. Harga di rahsiakan. Haha….
At Hop Top Up : RM18
Rice Kebab : RM15*
Jumlah Hari ke-14 RM33
Kapal layar di pelabuhan berdekatan Britomart. |
20/8/2016
After check out. Pusing-pusing Bandar Auckland. Lepak kat satu square sambil bagi makan merpati ngan seagulls makan dan masuk art museum kat Queen St.
Petang terus ke Airport dan balik Malaysia Tanah Airku yang ku cintai. Cantik tempat orang pon, Malaysia jugak paling best. Hehe…
Chicken + Chips : RM22.5*
Top Up Ad Hop : RM12
Jumlah Hari ke-14 RM34.50
Jumlah Keseluruhan tidak termasuk perbelanjaan ‘Optional’ dan tiket penerbangan : RM1616.25**
Jumlah Keseluruhan tidak termasuk perbelanjaan ‘Optional’ sahaja : RM3117.25
Jumlah Keseluruhan tanpa Tiket Penerbangan : RM2472.15** (Termasuk Perbelanjaan 'Optional')
Jumlah Keseluruhan termasuk Tiket Penerbangan : RM3973.15
**Sebab aku cuba asingkan harga tiket penerbangan ialah harga tiket semasa besar kemungkinan adalah berbeza. Mungkin boleh dapat lagi murah atau lagi mahal dari harga yang aku beli.