Saturday, April 11, 2020

50 Tips Percutian ke Seoul , Korea



Buat anda yang bakal ke Korea & merancang percutian ke Korea, nak tahu tak
Tips Percutian ke Seoul Korea? Hehehe meh kami kongsikan 50 Tips Percutian
 ke Seoul Korea kami baru-baru ini.

TIPS PERCUTIAN KE SEOUL KOREA

1. TIKET PENERBANGAN ni kalau nak murah memang kena beli awal. Biasanya
memang kami beli tiket setahun awal waktu promo. Korang boleh dapat serendah
RM600 return tiket. Tapi kalini memang last minute sangat kami beli tiket. Hehehe
tetibe je plan nak ke Korea. Dapat tiket pergi agak murah dalam RM369. Masa
tu tunggu gak untuk tiket balik murah. So dapatlah tiket balik paling
murah masa tu dalam 149,000~RM570. Tu yang jadi 10 hari 9 malam hohoho.
2. VISA: Korang memang tak perlu mohon visa untuk ke Korea tapi dalam
kapal terbang pramugari akan edarkan Arrival Card pada setiap pelancong.
Setiap orang perlu melengkapkan Arrival Card tersebut. Pegawai imigresen
akan ambil Arrival Card tersebut dan tinggalkan 1 entry ticket (kiranya inilah visanya)
utk berada di Korea Selatan selama 3 bulan. Simpan leklok taw dalam passport. 
Pastikan tulis alamat tempat tinggal, no telefon & pekerjaan korang dengan
lebih spesifik. Contohnya jika anda kakitangan awam kerajaan jangan tulis
Goverment Servant sahaja tapi tulis apa jawatan spesifik anda contohnya:
Pensyarah, Penyelidik, Pegawai Sains, Doktor Perubatan, Guru ke dll.
Sebelum ni ada yang kongsikan beliau dihantar pulang balik Malaysia kerana tidak
melengkapkan borang Arrival Card tersebut. So pastikan isi borang korang lengkap
okey?
borang pengisytiharan dan permohonan visa

3. DECLARATION FORM: Akan diedarkan oleh
pramugari dalam pesawat. Customs Declaration Form perlu diisi 1 keluarga
1 sahaja! Dalam borang tersebut korang kena nyatakan berapa orang yang akan
 ikut penama borang. Macam Zyzool dia tulis 3 orang (Mira, Ayra & Afya).
Tandakan “No” pada semua kotak kecuali jika korang bawak duit melebihi
10,000 USD
4. T-MONEY: Kad ni macam Touch & Go. Kami dapat percuma je T-Money
dari Korea Tourism Organization (KTO Malaysia). Mira pernah kongsikan
sebelum ni di sini. Sampai je airport kami terus top up T-Money di CU
Conveniece Store. CU Shop ni terletak sebelah kanan keluar Arrival Hall.
Ni terpulang la korang nak top up berapa. Kami top up terus 50,000 won untuk
10 hari di sana.
Kad T-Money dari KTO
5. UNIVERSAL CONVERTER ADAPTER yang sesuai ni jangan lupa bawak. Kalau tak susahlah nak charge handphone, camera, go pro dll. Hehehe plug kat Korea lain benor ngan kita kat Malaysia. Mereka guna Plug Type C & F. Korang beli je siap-siap kat online ada jual. Kalau tak sempat beli jelah adapter plug kat sana.
6. PENGINAPAN kalau nak murah stay kat guesthouse atau di airbnb. Boleh dapat serendah RM50/malam seorang. Kalau minat dengan produk kecantikan & nak duduk tengah bandar boleh duduk area Myeongdong. Nak dekat tempat shopping yang bukak sampai 5 pagi boleh stay area Dongdaemun. Nak dekat dengan tempat makanan halal boleh stay dekat area Itaewon. Ikut keselesaan korang la nak duduk mana. hihi…

Salah satu penginapan kami adalah di Itaewon Inn
7. SUBWAY APPS: Mira dah try banyak apps subway tapi yang paling best KAKAO METRO. Ikut je line warna tu in shaa Allah sampai di tempat yang di tuju. Hihihi





8. PETA BERGERAK: Mana tau kalau sesat ke hapa kat sana kan.. hihi jangan lupa untuk download sesiap di MAPS.ME, GOOGLE MAPS  & KAKAO MAP apps. Inshaa Allah akan sentiasa di jalan yang benar… kebenaran apakah ini??..hihi




Dr. Mohd Khata dan Isteri
Dalam train bersama Pengetua Kolej di UTM Skudai, Dr Khata Jabor & isteri, Blogger Masakan Terkenal Kak Yatie
9. TANDAS kat Korea tak da pili air ya. Jadi jangan lupa bawa wet tissue atau botol air senang nak basuh pape yang patut. Hihi
10. BOTOL AIR: Jangan lupa bawa botol air & isikan air kat water filter dalam baby room. Dah abis refill je dalam botol air. So tak perlu abiskan duit kat air mineral. Mostly semua baby room di Korea ada water filter.. Hihihi jimat!
11. STROLLER: Tak semua exit subway ada lift (elevator). Jadi korang kena menapak sikit kalau nak naik lift. Kalau anak masih kecil apa kata bawa Baby Carrier. Di Nami Island boleh sewa stroller. Di Lotte World juga boleh sewa stroller.
Mira dan Ayra di Myeongdong, Seoul

INCHEON AIRPORT TO SEOUL STATION

12. AREX EXPRESS – Kalau korang nak naik train terus je ke Seoul tanpa berhenti bolehlah naik AREX Express. Nak murah boleh beli tiket siap-siap kat Klook atau KK Day dalam RM20~RM24. Tak pon kalau tak sure boleh terus je beli tiket kat kaunter dalam ₩9,000~RM33 sorang tapi kalau korang gi dalam group of 6 boleh dapat discount ₩7,500~RM28. Jangan lupa refund deposit ₩500 bila nak balik nanti.




Kad AREX Train

13. ALL STOP TRAIN – Kalau nak jimat boleh naik All Stop Train ke Seoul. Balik kami naik All Stop Train ke Incheon Airport. Yang ni lagi murah dari AREX Express. Hanya ₩4150 ~ RM15 sahaja.

POINT OF INTEREST

14HANBOK – Kalau pergi ke Gyeongbokgung Palace apakata korang sewa hanbok. Ramai pengunjung yang memakai hanbok ke Gyeongbokgung Palace. Tiket masuk ke Gyeongbokgung Palace adalah PERCUMA jika anda memakai hanbok. Kiri kanan depan belakang palace tu ada kedai sewa hanbok. Ikut korang la minat design yang mana. Harga sewa serendah ₩10,000~RM38 sejam. Ambilah gambar puas-puas hehe.
Zyzool dan Mira di Korea musim luruh (Autumn)
15. BUKCHON HANOK VILLAGE terletak berdekatan Gyeongbokgung Palace. Buckhon Hanok ni sebenarnya kawasan rumah-rumah orang tetapi dijadikan kawasan tumpuan pelancong. Kat sini pon korang boleh berjalan-jalan dan photoshoot dengan hanbok. Make sure jangan bising-bising sangat kat sini. Sebab setiap rumah tu berpenghuni.
Zyzool, Mira, Ayra dan Afya di Bukchon Hanok Village, Seoul
16. NAMI ISLAND ni terletak agak jauh sikit dari Seoul. Dalam 1 jam 30 minit perjalanan dari Seoul Station ke Gapyeong Station. Kalau korang nak cepat boleh naik ITX dari Yongsan Station ke Gapyeong Station dalam 55 minit. Sampai Gapyeong Station jalan sikit ke depan & tunggu bas ke Nami Island. Sampai Nami Island Station jalan 2 minit ke Gapyeong Wharf. Pastu terpulang kat korang nak naik zipline atau ferry ke Nami Island. Kalau ada masa lebih bolehlah terus ke Petite France & The Garden of Morning Calm.
17. Ada banyak taman tema yang popular di Seoul antaranya Everland & LOTTE WORLD. Kami berkesempatam ke Lotte World. Lotte World ni macam ala Disneyland but still awesome. Tiket online lebih murah berbanding walk in. Korang boleh bandingkan harga antara Klook.com atau KKDay. Kadang klook yang murah. Kadang KKDay yang murah. Terpulang pada korang nak pilih yang mana. Check juga masa parade & character keluar. Malam pon ada pertunjukkan night parade berlampu. Taman Tema ni agak luas dan besar merangkumi indoor & outdoor. Make sure korang pergi jelajah semua bahagian. Bahagian outdoor ada castle macam Disneyland tu. Time kami pergi tu siap ada Zombie Parade. Rare jugaklah hehe.
18. N SEOUL TOWER atau Namsan Tower ni terletak kat Myeongdong. Harga cable car dewasa ₩9500~RM35 pergi balik ke Namsan Park. Nak lagi jimat korang boleh mendaki je ke Namsan Park. Disamping boleh hilangkan lemak, free plak tu. Hihihi. Dah jimat ₩9,500 Pastu nak naik menara tu dalam ₩10,000~RM38 boleh lah tengok view dari puncak tertinggi di N Seoul Tower.
19. HAN RIVER aka Hangang Park pon menarik untuk dikunjungi. Bolehlah beriadah sambil menikmati pemandangan di tepi sungai yang sungguh cantik.
20. Lepas dah penat shopping di Dongdaemun bolehlah relax dan enjoy pemandangan di CHEONGGYECHEON STREAM. Kalau korang bawak bekal bolehlah lepak makan sini jap dan borak-borak dengan pasangan sambil menikmati gemercik aliran air yang cukup menyenangkan di sungai ini. Cheewahhh

MISI MENCARI SOUVENIR

21. MYEONGDONG SHOPPING STREET nih terkenal dengan produk kecantikan. Kalau nak cari mask muka, lotion tangan, makeup boleh ke sini. Kalau pergi malam lagi happening sebab banyak Street Food.  EH mask MISSHA best taw! Pakai sekali dah gebu! Oppsssss hihihi
22. MYEONGDONG UNDERGROUND ni kat bahagian bawah dekat exit subway. Kat sini stokin agak murah berbanding tempat lain.




Sempat Zyzool beli topi hari pertama kami di sana untuk bergambar hehe








Agak-agak berapa helai stokin kat gambar ni? Bagi jawapan kat facebook Mira eh. Yang bertuah kami bagi sepasang stokin ini.
Pelbagai corak & karakter stokin made in Korea yang popular di jual di sana. Yang paling murah & cantik korang boleh beli di Myeongdong Underground

23. Kalau korang nak beli souvenir murah seperti keychain, sudu, fridge magnet dll boleh ke NAMDAEMUN MARKET. Rata-rata kat sini memang murah dan boleh tawar menawar lagi. Nak lagi murah cari bangunan oren dalam tu berganda murah hehe. Nak lagi murah naik tingkat atas lagi murah. huhu.. Nak jumpe orang kitooo pon ramai kat sini. Ada yang pemurah senyuman & ada sebaliknya hahaha. Jangan lupa senyum balik bila jumpe kengkawan Malaysia. huhuhu




Sampai hati kita senyum dia wat muka sombong kat kita.. Huhuhu





24. DONGDAEMUN MALL buka sampai pukul 5 pagi. Banyak kedai wholesale sini. Last minute shopping souvenir? Boleh ke tingkat 3 di Bangunan Doota. Ada kedai souvenir di situ yang menjual dengan harga berpatutan. Nak shopping pukul 3 pagi pon no hal!! hehe yang penting stay area berdekatan. Subway sampai pukul 12 tengah malam je taw
25. HONGIK STREET ni area kawasan anak muda. Ada orang buat persembahan memalam. Kiri kanan ada kedai-kedai korang boleh cuci mata hehe.
26. DONGMYO FLEA MARKET bagi peminat barangan terpakai boleh ke sini. Flea Market terbesar di Korea. Boleh tawar menawar. Kalau nak cari baju sejuk murah-murah korang ke sini la dulu. Kalau bernasib baik korang boleh dapat barang baru yang tak digunakan di sini dengan harga yang sangat murah! Kami dapat seluar hiking Lowe Alpine baru & belum digunakan dalam ₩5,000~RM18 selepas tawar menawar dengan Ahjumma di situ. Yeay!!Haaa kat sini memang susah nak jumpe orang kitooo hahaha. Tapi jangan lupa kekalkanlah budi bahasa budaya kita. Jangan lupa senyum eh! Hohoho
27. Tahu tak korang kat Korea ni ada jual mainan secara wholesale di TOYS & STATIONERY STREET. Sepanjang jalan kat sini memang jual mainan & alat tulis sahaja. Pengumpul mainan akan rambang mata bila ke sini. Macam-macam mainan yang dijual memang puas la cuci mata & cuci poket. Hahaha.. Peminat Pororo haaa belambak mainan Pororo kat sini.
28. Korang peminat K-POP atau K-Drama? Macam-macam merchandise mereka dijual merata tempat seperti stokin, calendar, sticker, poskad, baju, bantal & macam-macam lah.
29. Korang pengumpul tin COCA COLA? Jangan lupa cari coca cola edisi K-Pop BTS X Coca Cola. Hehehe memang rare!

MAKANAN HALAL

30. Setiap SET MAKANAN di Korea adalah dalam lingkungan ₩10,000 bersamaan RM38 sekali makan. Kalau nak jimat bawak je makanan dari Malaysia seperti Brahim’s, Maggi, roti, sardin atau biskut.





Ni makanan yang kami bawa untuk percutian ke Seoul Korea selama 10 hari 9 malam
31. Merata makanan halal di Itaewon. So dah kat sini kita try makanan Korea. Antara yang sedap ialah di MAKAN HALAL RESTAURANT. Restoran ni betul-betul dekat dengan Masjid Seoul. Mira makan sotong pedas (ojingeo bokkeum) memang sedap! Semua menu dapat nasi & side dishes




Hidung Mira merah kesejukkan hihihi




Tengok tu berasap lagi!! Sotong Pedas nih sedap!! Sesuai la dengan tekak melayu hihihihi
32. Ada satu lagi cawangan Makan Halal Restaurant ni iaitu MAKAN CHICKEN & NOODLE tak jauh dalam 5 minit dari restoran tersebut. Kat sini hanya jual makanan seperti Ayam Goreng & Mee Kicap (Jajangmyeon). Mira dah rasa Ayam Goreng Spicy dia sedap!!! Dalam ₩20,000 satu set! Puas makan 2 orang!!




Memang puas makan 2 orang
33. KAMPUNGKU MALAYSIAN CUISINE di Myeongdong Station (Exit 3). Kalau rindu masakan Malaysia boleh la makan kat sini. Makanan Korea pon ada!! Korean Fried Chicken dia pon sooodap!!




Sebelum menunggu makanan kami sampai





34. BOA TRAVEL di Hongdae. Hongik University Station (Exit 4)




Spicy Korean Chicken ni sedap! Serius
35. Di Nami Island juga ada restoran halal. Korang boleh try “Nasi Goncang” di sini.




Dah berwajah baru!!




Korea
NI yang tahun 2015. Ayra masih kecil lagi. Kali ni kami bawak bekal ke Nami Island hihihi
36. Kalau bosan makan makanan Korea korang boleh lah makan kebab di MR. KEBAB Itaewon
37. Kedai kebab kat Namdaemun Market pon ada! Hoehyeon Station (Exit 5/6)

MESTI CUBA!

38. BANANA FLAVORED MILK DRINK: Banana Uyu atau Susu pisang memang wajib kena rasa kalau pergi Korea. Tak sah kalau ke Korea tak minum susu pisang Banana yang warna kuning. Hehehe ada 5 perisa semuanya pon kita panggil susu pisang iaitu Banana, Banana Light, Strawberry, Coffee & Mulberry (Season Edition). Dulu tahun 2015 Mira ada rasa Melon memang sedap tapi kali nih dah tak da dah. huhuhu








Banana




Mulberry




Coffee

39. MELONA BOTTLE: Rupanya yang melon dia dah keluarkan bentuk botol. Perghhh sama sedap macam dulu! Hehehe
40. MELONA ICE CREAM: Haaa yang ni pon korang patut try!! Perisa Melon dia sama ngan Melona Bottle tu. Ada 5 perisa Ice Cream Melona ni iaitu Melon, Mango, Strawberry, Banana & Coconut.




Credit photo: Ckchai.blogspot.com

PRAYER ROOM

41. SEOUL CENTRE MOSQUE atau dikenali dengan Masjid Seoul terletak di Itaewon.
42. Prayer Room juga disediakan di LOTTE WORLD di tingkat 3.
43. Di NAMI ISLAND juga korang tak perlu risau sebab mereka sediakan ruang solat di dalam bangunan Picture Book Library.
44. Jika anda ke HONGDAE bolehlah singgah solat di BOA Travel House.
45. Prayer Room juga disediakan di INCHEON INTERNATIONAL AIRPORT

TAX REFUND

46. Untuk kedai yang ada TAX FREE setiap kali nak buat pembayaran jangan lupa tanya “Do you need passport?”. Dengan tunjuk passport korang boleh dapat TAX FREE. Apabila penjual sedia maklum korang adalah pelancong dengan minumun pembelian ₩30,000 korang akan dapat TAX REFUND. So berbelanjalah dengan bijak! Heh?
47. IMMEDIATE TAX REFUND: OK ada 2 jenis Tax Refund. Untuk Immediate Tax Refund, penjual akan tolak siap-siap tax untuk korang. So korang hanya perlu bayar tanpa tax. Dia dah potongkan siap-siap tax tu. So korang terus dapat Immediate Tax Refund! Haaa
48. AIRPORT TAX REFUND: Ok untuk Airport Tax Refund, korang kena bayar dulu tax tu kat kedai tersebut. Nanti mereka akan bagi resit yang diletakkan dalam envelope. Ok yang ni korang kena claim kat Airport. Refund kat Transit Hall Gate 27-28 di Incheon Airport.

BALIK KE PANGKAL JALAN HAHA

49. PRIORITY LANE CARD: Kalau ada anak or baby, korang akan dapat kad untuk akses Exclusive Departure Hall iaitu di Gate 1 atau 6 di Terminal 1 Incheon Airport.
50. Oh ya jangan lupa datang airport awal ya sebab Incheon Airport tu sangat besar. Korang nak pergi ke balai berlepas tu kena naik train. Jadi make sure jangan lambat sangat risau tak sempat kejar, gate dah tutup. huhuhu
Hehehe sebenarnya banyak lagi tips tapi cukup la eh 50 Tips dulu. Hehehe.. Nanti kalau Mira ingat Mira akan kongsikan lagi okey?