Friday, April 17, 2020

Trip Perth 2018 : Tips Dan Persediaan Ke Perth Australia





Trip Perth 2018 : Tips Dan Persediaan Ke Perth Australia

/
85 Comments
February 11, 2019

TIPS DAN PERSEDIAAN KE PERTH AUSTRALIA Ada perkara kita kena ambil tahu dan selesaikan dulu sebelum travel supaya perjalanan dan urusan disana lancar. Aku akan kongsikan persediaan yang dibuat sebelum ke Perth pada musim panas December 2018 yang lalu. Entry ini panjang sebab aku membebel nak kasi faham betul-betul. Aku pernah kongsikan pengalaman ke Perth 2016 - Trip Perth Western Australia 2016, tapi aku tak share persediaan untuk kesana. Disebabkan ada beberapa orang yang pernah email dan tinggalkan soalan berkaitan persediaan ke Australia, aku rasa perlu dikongsikan melalui pengalaman peribadi tentang persediaan yang perlu dilakukan untuk bercuti ke Australia. Ini adalah trip kedua untuk aku dan MamiZ, dan pertama kali untuk kawan aku, Neddy dan ibunya, AcikE. Perancangan asal nak ke New Zealand tapi macam lari sangat budget. Hasrat itu kita simpan dulu ada rezeki pasti akan sampai.

Sekarang kita cerita pasal Perth !!

Baca : LALUAN ROAD TRIP, ITINERARY DAN BUDGET PERBELANJAAN 10 HARI DI PERTH WESTERN AUSTRALIA



Persediaan ke Perth Western Australia :

Musim-Musim di Australia

Ini penting supaya boleh rancang pakaian-pakaian yang sesuai untuk dibawa. Lain musim lain tempoh siang, malam dan waktu solat juga pasti berubah - penting untuk kita rancang perjalanan. Aku rujuk waktu solat di Islamic Finder dan catat dalam itinerary. Perth adalah bandar yang terletak di negeri Western Australia dan paling dekat dengan Malaysia. Australia adalah negara empat musim yang terletak di 'The Southern Hemisphere' jadi musim-musim disana terbalik dengan musim-musim di Eropah. Walaupun mengalami suhu empat musim, suhunya berbeza-beza mengikut negeri. Salji hanya ada di pergunungan. Rujuk websites yang berkongsi info tentang suhu dan cuaca di Australia seperti AccuWeather seminggu sebelum berangkat untuk beri gambaran keadaan cuaca di destinasi yang dituju. Tapi ingat ya.. Itu adalah ramalan semata untuk kita jadikan panduan. Jangan bergantung harap sangat, soal cuaca bukan kita yang control. Siang hari boleh jadi terlalu panas dan malam hari sejuk hingga ke tulang.


Visa Electronic Travel Authority (ETA)

Untuk ke Australia kita perlukan electronic visa yang diluluskan. ETA valid setahun dari tarikh memohon dan membenarkan seseorang duduk di Australia selama tiga bulan. Ramai beli tiket penerbangan dulu kemudian apply ETA. Tolonglah apply ETA dulu, dah lulus baru beli tiket. Flight details tak diperlukan untuk apply ETAPassport kena valid at least enam bulan dari tarikh expired. Banyak isu dikongsikan di Facebook mengenai kes-kes permohonan ETA yang ditolak walaupun tiket kapal terbang dan persediaan sudah dibuat. Urusan merayu akan ambil masa dan sedihnya ada yang terpaksa batalkan trip. Ada yang ETA dah lulus tiba-tiba dibatalkan dan macam-macam lagi. Kerajaan Australia semakin strict untuk meluluskan permohonan untuk kesana. Ramai Malaysians kantoi duduk di Australia kerja tanpa permit lebih dari tempoh yang dibenarkan dihantar pulang. Kita boleh apply ETA sendiri di Australia ETA/E-Visa Authorization tapi aku malas isi macam-macam, aku buat ETA melalui Cik IntanHantar email saja ke eta.australia@yahoo.com. Dua kali buat ETA aku apply few weeks sebelum depart dan sehari dah siap. This time, aku apply ETA tiga bulan sebelum sebab takut perkara yang tak diingini berlaku. Cuak sangat dapat email mengatakan permohonan ETA aku berada dalam process pertimbangan. MamiZ punya ETA tak sampai setengah jam dah approved. Nak menangis rasa. Alhamdulillah dipermudahkan.. Esoknya dapat email dan salinan ETA yang diluluskan. Kalau ETA dah lulus tiba-tiba tengok baru sedar Passport akan expired sebelum tarikh penerbangan, kena renew Passport dan apply ETA baru.

Tiket Penerbangan
Ramai tanya macam mana nak dapat tiket flight murah ? Berapa lama beli tiket dan tunggu sebelum depart ? Personally, aku rasa semua bergantung pada rezeki dan tarikh penerbangan yang kita pilih. Aku pernah beli tiket masa promo, sungguh harga memang murah tapi kena tunggu setahun baru fly. Dua tiga kali trip tak jadi atas sebab-sebab tak dapat dielakkan dan aku serik beli tiket awal. Pernah juga beli tiket beberapa bulan sebelum trip dan harga lagi murah berbanding ketika promo. Aku rasa, range harga tiket untuk ke Perth yang murah adalah diantara RM500-RM700 returnTak semestinya beli awal akan dapat harga murah. Untuk trip kali ini, aku beli tiket in July, lima bulan sebelum depart. Setelah ditambak tolak harga dari airlines lain, Air Asia menawarkan harga yang paling murah.

Insurance Perjalanan
Dulu aku tak kisah  sangat pun bab Travel Insurance. Yakin dan tawakal semua akan selamat. Bila dah baca banyak kejadian yang tak diingini berlaku di negara orang, aku rasa sangat penting untuk beli Travel Insurance untuk ke luar negara. Aku nak wajibkan semua orang beli Travel Insurance sebab ini adalah langkah kita berjaga-jaga. Kita tak tahu apa yang akan terjadi lebih-lebih lagi dinegara orang. Nak beli Travel Insurance dengan syarikat mana ? Itu terpulang pada pilihan masing-masing. Kena survey dan buat perbandingan yang mana sesuai. Aku personally pilih Etiqa Travel Insurance dan Takaful.

Itinerary Perjalanan dan Tempat-Tempat Menarik
Okay !! Kita dah boleh mula merancang perjalanan kesana. Berapa hari diperlukan untuk enjoy di Perth ? Aku suggest at least seminggu kalau berhasrat untuk meronda jauh sikit dari Perth. Perjalanan jauh kalau sekejap sangat tempoh percutian takut terkejar-kejar dan penat. Kalau sekadar di bandar, empat atau lima hari dah cukup. Buat perancangan sehabis baik supaya kita boleh enjoy percutian to the fullest. Bagi yang menggunakan public transport di Perth, ambil tahu nombor bus, waktu operasi pertama dan terakhir, peta laluan dan stations yang terlibat. Aku guna Google Maps untuk merancang setiap perjalanan. Prepare awal supaya sampai sana tak menggagau baru nak search macam-macam. Banyak tempat-tempat menarik di sana yang free entrance fee dan banyak juga yang kena bayar. Pilihlah yang mana sesuai dengan style masing-masing. Aku akan selit aktiviti memetik buah if possible dan kebetulan musim buah tengah masak. Ramai yang pro bab persediaan itinerary, tapi percayalah masih ramai yang pandang remeh. Susun itinerary dan tempat-tempat menarik ikut kawasan supaya tak celaru sekejap kesini sekejap kesana. Kalau dah set nak shopping di Fremantle, jangan tiba-tiba selit nak pergi main sand boarding di Lancelin pula. Rugi masa perjalanan Kena ada backup plan sekiranya apa yang dirancang tak menjadi. Faktor seperti cuaca dan perkara-perkara yang tak diingini kena difikirkan juga. Kalau sewa kereta dan nak road trip sekitar Western Australia, kena tahu jarak dan berapa jam nak kena memandu. Sediakan bekal nak mengunyah dalam perjalanan. Best sebenarnya buat itinerary walaupun mulanya akan pening sikit. Aku buat dua version itinerary, hard copy dan soft copyBuat salinan tiket kapal terbang, itinerary lengkap, bukti penginapan yang sudah ditempah dan lain-lain documents penting. Kadang-kadang ikut nasib, kita disoal siasat macam-macam. Senang kalau diminta bukti, kita ada salinan nak hulur. Nampak lebih teratur dari tayang segala documents menggunakan phone.

Baca : PETIK BUAH DI AUSTRALIA : SENARAI LADANG DAN SENARAI BUAH-BUAHAN DI AUSTRALIA MENGIKUT MUSIM


Penginapan sepanjang di Perth Western Australia
Ini adalah senarai penginapan yang aku pilih sepanjang berada di Perth :

Comfort Perth City Hotel (1 Night) RM273.72 / 4 = RM68.43 pax
Big4 Emu Beach Holiday Park (1 Night) RM491.78 / 4 = RM122.95 pax
Best Western Pemberton Hotel (1 Night) 160.00AUD / 4 = 40AUD pax
Margaret River Tourist Park (1 Night) 153.00AUD / 4 = 38.25AUD pax
Bunbury Apartment Motel (1 Night) 157.50AUD / 4 = 39.38AUD pax
AIRBNB Balcatta (4 Nights) RM1104.00 / 4 = RM276.00 pax

Aku recommend dan approve tempat yang aku dah menginap dalam senarai diatas. Untuk penginapan sepanjang road trip, aku booking melalui Agoda.com dan Booking.com. Rugi guna Airbnb hanya untuk satu malam sebab ada cleaning fee. Dah balik ke Perth baru guna Airbnb. Semakin jauh dari Perth, semakin mahal harga penginapan. Ikut kesesuaian dan cara korang travel nak cari penginapan macam mana. Disebabkan trip kali ini ada mak-mak, aku prefer tempat tinggal yang selesa, tak kongsi toilet dan ada beberapa kemudahan lain seperti private parking dan stove top untuk memasak. Proses pembayaran ada yang cash atau guna Debit Card. Untuk Airbnb saja kena gunakan Credit Card.

Pengangkutan di Perth
Paling senang dan jimat, gunalah public transportation especially for those yang akan bergerak sekitar Perth CBD. Guna perkhidmatan bus percuma yang disediakan - Transperth CAT Bus Services untuk peta jadual perjalanan dan laluan di sekitar Perth. Aku tak  naik public transport sebab aku sewa kereta. Pilih kereta sewa dari syarikat yang dah established, bukan dari ulat-ulat. Ada companies yang ada kaunter di Perth International Airport seperti Budget, Avis dan Hertz. Tapi dua kali kesana, aku sewa kereta dari No Birds Bayswater dan sangat memuaskan. Dibandingkan semua quotations harga, No Birds menawarkan harga yang paling murah untuk kami bergerak selama sepuluh hari. Walaupun tak ada kaunter di airport, their office berdekatan saja. Ada perkhidmatan berbayar Airport Transfer untuk ambil kita dari airport ke office. Pengalaman lepas, bayaran hanya boleh dibuat menggunakan Credit Card saja, Debit Card tak diterima. Tapi aku baca di FAQs No Birds, diorang dah terima bayaran melalui Debit Card. Alhamdulillah mudah sangat urusan. Aku tinggalkan amount dalam Debit Card khas untuk bayaran kereta sewa. Jangan lupa activate Debit Card untuk penggunaan luar negara. Kalau tak sia-sia sajalah usung Debit Card sana sini. Kami bayar 398.00AUD (RM1229.82 approx) untuk sepuluh hari. Harga dah termasuk additional seorang lagi pemandu, top cover dan unlimited mileage. Tak sewa GPS sebab semua tempat yang kami pergi boleh search route guna Google Maps. Kalau takut tak ada coverage, gunalah maps secara offline. Nak lagi mencabar, sewalah Campervan.



Makanan dan Ubat Yang Dibawa Dari Malaysia
Australia sangat strict dengan barang-barang yang dibawa masuk. Makanan, ubat-ubatan dan macam-macam kena declare dalam arrival form. Rujuk SINI - Senarai Barangan Yang Kena Declare untuk maklumat lanjut. Bunyi macam menakutkan tapi tak adalah teruk sangat. Ikut garis panduan yang disediakan, kita selamat. Kalau tak pasti sama ada makanan dan ubat yang dibawa lepas atau tak, declare saja walaupun yakin kita dah ikut rules sehabis baik. Australia mengamalkan prinsip 'No Sorry' sekiranya kantoi cuba bawa masuk barangan-barangan terlarang. Kena denda lagi adalah. Dua kali aku lepas tanpa disoal, sekali luggage dihidu anjing polis dan sekali luggage digeledah pegawai.  Letak semua makanan dalam satu luggage saja. Kalau diminta untuk buka, hulur luggage yang ada makanan saja. Boleh juga nak buat list makanan lengkap dengan senarai ingredients, kalau ditanya macam-macam hulur saja senarai biar diorang baca sendiri. Ramai dah kongsikan cara-cara buat list makanan untuk dibawa ke Australia. Aku tak pernah buat sebab aku malas. Kalau dia nak ambil juga makanan-makanan kita.. Redha sajalah dah negara dia !! Pastikan makanan-makanan dan ubat yang dibawa dibungkus dalam pek komersial. Aku pernah tengok satu family yang ditahan kena keluarkan semua barang termasuk pakaian sebab bawa gula dalam plastik ikat bunjut.

Makanan Halal Di Perth
Tak susah pun nak dapatkan bekalan makanan halal di Perth. Ayam daging halal ada dijual - Brand Lilydale dan Steggles ada dijual di beberapa hypermart seperti di Spudshed Innaloo. Kami bawa stock lauk ayam dan daging instant dari Malaysia dan hanya beli seafood di Coles untuk memasak. Restaurants yang menyediakan hidangan halal pun banyak disana. Ini senarai beberapa restaurants dan kedai yang menyediakan hidangan halal di Perth :

- Charcoal Chicken Dianella
- Nandos
- Corica Pastries
- Insan's Cafe
- D' Angkasa
- ISPA Kebab
- Lobster Shack Cervantes (Halal Options)
- Fluffylamb Perth Fremantle Market
- DNK Cupcakes Fremantle Market
- Rockingham Kebabs and Pizzas
- Jus Burgers di Leederville dan Subiaco
- Ciao Italia (Halal Options)
- Chicken Treat di Mirrabooka dan Forest Lakes (Halal Options)
- The Sarapan Victoria Park

Aku suka juga nak makan luar. Sesekali berjalan apa salahnya merasa makan di restaurants negara orang. Rujuk Zabihah - Your Guide To Halal Eating untuk senarai restaurants halal di Perth. Aku akan email atau direct message di Facebook restaurants yang aku nak pergi untuk double check status halal. Walaupun ramai yang cakap halal, wajiblah kita semak untuk kepastian. Kalau rasa ragu dari awal baik elak untuk pergi makan. Bila ada 'Halal Option', maksudnya satu-satu restaurant tu bukan completely halal tapi ada menyediakan hidangan halal atas permintaan.

Memandu di Australia - Patuhi Had Laju Jalan Raya
Lesen memandu Malaysia valid di Australia. Tak perlu apply International Driving LicenseSila patuh had laju yang ditetapkan walaupun rasa stress sangat kena drive slow. Rakyat Australia sendiri memang patuh dengan had laju yang ditetapkan jadi kita jangan mengada nak bebal. Memang ada kawasan kena pandu 40km/h tapi bersabarlah !! Aku dah rasa peritnya kena kejar polis dan bayar saman sebanyak 400AUD (RM1268 approx). Tak tahu celah mana polis menyorok tahu-tahu dah kena kejar. Alhamdulillah process nak bayar saman senang. Salah satu caranya adalah, bayar saman dimana-mana Pejabat Pos sekitar Western Australia, tapi hanya during weekdays. Rezeki kami dapat selesaikan bayaran sebelum balik Malaysia. Ada juga situasi, surat saman sampai di rumah melalui syarikat kereta sewa. Terus kena potong dari Credit Card. Jadi untuk elakkan perkara macam ni terjadi, ikutlah had laju jalan raya yang ditetapkan. Yang ada anak kecil dan kanak-kanak, wajib sewa baby car seat, kalau tak memang kena saman. Tak digalakkan memandu pada waktu malam especially kawasan luar Perth. Memang tak ada lampu jalan dan kereta pun sebiji dua saja on the road. Bahaya !! Lebih-lebih lagi kalau semua perempuan. Parking di Perth CBD hampir di setiap pelusuk kena bayar dan mahal. Ada parking yang khas untuk satu atau dua jam dan ada yang percuma hanya pada waktu malam. Kena alert dengan papan tanda yang ada berdekatan dengan petak parking. Baru-baru ini dikongsikan, pemandu tak dibenarkan makan dan minum ketika memandu. Nak makan gula-gula tu okay saja.. Jangan sampai pegang ayam goreng dan burger.

Baca : MEMANDU LEBIH HAD DAN PENGALAMAN DISAMAN DI PERTH AUSTRALIA

Tempat Shopping Di Perth
Ini antara aktiviti-aktiviti yang paling aku suka. Perempuan dan shopping berpisah tiada. Aku selalu selit satu atau dua tempat  dan kena allocate satu hari yang khas untuk shopping saja. Ini adalah antara beberapa tempat-tempat shopping yang ada di sekitar Perth :

  • Hay Street Mall
  • DFO Perth Perth Airport
  • Watertown Brand Outlet Centre East Perth
  • Belmont Forum
  • Garden City Booragoon
  • Westfield Carousel Cannington
  • Karrinyup Shopping Centre Karrinyup
  • Centro Galleria Morley
  • Westfield Whitfords City Hillarys
  • Claremont Quarter Claremont



Barang Wajib Beli Di Perth Dan Australia
Semestinya souvenirs !! Beli souvenirs harga murah di kedai Megabes di Fremantle MarketMegabes di E-Shed Markets dah tutup. Kedai milik orang Singapore yang dah bermastautin di Australia. Memang tak jumpa harga souvenirs yang murah selain di Megabes. Selain daripada souvenirs, ramai yang suka beli  :

  • Pandora - Memang harga murah dari yang dijual di Malaysia, lagi-lagi time festival mesti ada sale kaw-kaw punya.
  • Set Pinggan Mangkuk Corelle - MamiZ rembat satu set lengkap 60AUD (RM180.00 approx) dan borong loose set dengan harga sangat berpatutan. Corelle di Perth boleh dibeli di BigW. Harga Corelle di Langkawi pun kalah. Berat sekotak 16 pieces set pinggan mangkuk Corelle adalah 4.8kg jadi pandai-pandai budget supaya tak terlebih muatan.
  • Tefal, Pyrex dan Corningware - Tefal dan Pyrex aku rasa harga lebih kurang sama saja dengan di Malaysia. Corningware murah dan puas hati sangat kalau dapat beli. Masalahnya Corningware dan Pyrex adalah barangan kaca dan tentunya berat.
  • Kasut - Katanya Skechers murah disana tapi aku tengok sama saja harga lebih kurang dengan di Malaysia. Harga Adidas, Nike, Puma, Vans dan Converse lagi menarik.
  • Chocolates - Beli di Coles, Woolworth dan BigW. Aku selalu beli chocolates yang mahal di Malaysia tapi murah di Australia seperti Lindt, Whittakers dan TimTam.
  • Barangan Alat Tulis Smiggle - Smiggle adalah brand yang berasal dari Australia jadi tentulah harga disana lebih murah.
  • Perfume - boleh dibeli di kedai Chemist sekitar Australia. Memang murah dan betul-betul beza harga dengan yang dijual di Malaysia. Aku tak minat sangat perfume jadi tak teruja..
  • Baju Baby Dan Kanak-Kanak - Geram tengok baju baby dan kanak-kanak yang murah comel-comel. Borong untuk anak-anak saudara yang masih kecil. Di BigW, sehelai ada yang hanya 1AUD (RM3.00 approx). Cotton On Kids dan Bonds juga famous disana.
  • Ice Coffee Dare - Ada yang sanggup sejuk bekukan air ini bawa balik. Aku tak minum coffee sangat jadi aku tak adalah bawa balik. Kalau korang peminat coffee, kena cuba. Aku suka ice tea yang pelbagai perisa disana. Bahagianya !!
  • Buah-Buahan Segar - Aku selalu bawa balik buah-buahan dari Australia. Tak adalah sampai berkotak, cukup sekadar nak bagi orang-orang dikampung rasa. Bukan tak boleh beli di Malaysia, saja !! Macam mana nak bawa balik ? Kalau sikit.. Simpan dalam food container dan check-in sekali dengan luggage. Kalau banyak.. Ambil kotak di Coles, isi buah-buahan dan balut dengan plastic food wrap, check-in. Renyah sikitlah tapi kalau nak seribu daya. Cuma !! Malaysia pun strict dengan buah-buahan yang boleh dibawa masuk. Alhamdulillah setakat ni tak pernah kena tahan walaupun aku dah scan semua benda. Aku tawakal saja.. Kalau nak rampas aku redha.
  • Barangan Electric Dan Set Pisau - Suka tengok juicer, mixer dan macam-macam lagi barangan electric yang canggih. Satu saja masalah, soket tak sama. Kalau sanggup each time nak guna kena pasang travel adapter, apa salahnya. Set pisau pun cantik-cantik dan kemas. Memang teringin nak beli satu set.

Selain daripada senarai diatas, macam-macam lagi boleh beli. Pergi sana tengok barang-barang memang rambang mata. Survery dulu harga-harga barangan ni semua di Malaysia sebelum beli disana. Aku selalu compare dengan harga di website atau kadang-kadang jalan tengok di retail shops. Kalau harga lebih kurang jangan menyeksa badan beli juga lepas tu kena usung sana sini. Rugi luggage baik beli benda lain.

Lain-Lain Persediaan ke Perth
Ini pula adalah tips dan persediaan sampingan. Yang mana aku teringat nak selit-selit kongsikan dengan korang untuk dijadikan rujukan.

  • Portable wifi, roaming atau beli simcard ? Aku suggest untuk beli simcard, murah dan berbaloi. Keluar dari Arrival Hall ada  kaunter Optus YES dan Vodafon. Aku selalu guna Optus YES dan coverage memuaskan. Hanya 2AUD sehari dan 500mb/hari. More than enough.
  • Pakai Sunblock dan UV Protection. Kalau rimas nak pakai krim, pakai topi atau shades. Suhu memang sejuk tapi panas terik menusuk kulit.
  • Jadikan habit untuk sentiasa bawa payung atau raincoat ketika travel. Aku dah beberapa kali kena berbelanja lebih untuk beli payung. Huurm..
  • Singgahlah solat di masjid-masjid di Perth dan cuba bergaul dengan community Islam disana. Kalau dapat berjemaah lagi seronok.
  • Kalau terjumpa kawan-kawan lain dari Malaysia, jangan sombong. Paling kurang pun senyumlah. It is okay kalau diorang tak senyum balik. 
  • Air paip di Australia dikatakan selamat untuk diminum. Kalau korang berani, bawalah bekas air senang nak refill dimana-mana. Air mineral agak mahal disana. Tapi aku sanggup beli tak berani nak minum air paip.
  • Jangan tinggal barang-barang berharga dalam kereta. Bahaya ada dimana-mana. Ada beberapa kejadian kes pecah kereta dilaporkan tak kiralah kereta persendirian atau kereta sewa.
  • Extension dan travel adapter adalah sangat penting. Kepala plug Malaysia dan Australia tak sama. Invest sikit untuk beli travel adapter yang berkualiti. 
  • Islamophobia memang wujud dimana-mana saja !! Walaupun kita rasa dah selamat, wajib doa semoga dilindungi dan berhati-hati dimana saja. Alhamdulillah kami jumpa orang yang baik-baik dan membantu.
  • Join travel groups di Facebook - Banyak sangat tips menarik yang dikongsikan.


Semua persiapan dah dibuat !! Apa tunggu lagi.. Jomlah kita ke Perth.