Friday, April 17, 2020

MELANCONG KE PERTH AUSTRALIA MUSIM BUNGA





TRAVEL BLOG - PERJALANAN INI BUKAN LAGI ANGAN-ANGAN





Saturday, October 6, 2018


MELANCONG KE PERTH AUSTRALIA MUSIM BUNGA - DAY 1


Salam sejahtera... terima kasih baca blog akak. Cabaran betul menulis kali ni. sebenarnya perkongsian tentang Perth ini telah siap pada 21 Sept 2018 yang lepas , malangnya akak tertekan delete..delete..delete.......musnah terus

Ini merupakan percutian pertama akak ke negara Australia dan akak memilih Perth sebagai  destinasi pertama di bumi kangaroo ini. Jika anda inginkan alamat serta contact no urusan awal  akak ada kongsi di  sini
klik...
Persediaan ke Perth


Percutian kali ini akak pergi bersama kak mali,kak tipah,kak jue, mimi serta husb akak.  Group ini kami namakan Jatidiri sebabnya kami lebih suka travel tanpa tour guide tapiiiiii...cam biasa akak lah yang kono study banyak ..booked itu..booked ini ..sampai sana ..mereka pula main peranan ..memasak
Kami merancang nak ke Perth ini pada bulan 3 sebaik sahaja balik daripada Korea. Memandangkan cuti hanya ada 4 hari tapi kami nak g semua tempat yang di darat maka timbul idea untuk akak memujuk husb jadi driver kami....yeaaaa berjaya.




Penerbangan ke Perth kali ini akak menggunakan Malindo air. So far ok tak ada apa apa yang tak best.Pramugari eiii comel n seksi. sib baik husb tido sepanjang penerbangan....
Kos penerbangan akak pergi balik dalam RM1300. Agak mahal tapi oklah sebab beli last minute kan.
perjalanan ke Perth mengambil masa 5 jam dan waktu di Perth sama dengan Malaysia. So tak perlu nak adjust jam ye.
Memandangkan penerbangan kami pada hari  Jumaat dan  di sebelah malam, siangnya bekerja...sure letih gila sebab perlu  terkejar- kejar ke airport. Macam-macam berlaku pada hari nak terbang tu..termasuklah tiba -tiba tersesat di highway klia...macamanalah boleh berlaku. Sampai kat gate 3 ..kawan kawan akak dah bersila duduk ..sure dah lama tunggu...sorryyy i sesat...entah pecaya ke tak mereka...tiap bulan g airport...hhehehehe.
 Alhamdulillah check in semuanya tiada masalah maka berlepaslah kami menaiki 2 penerbangan. akak n husb dengan Malindo ..yang lain naik MAS.Dalam kepala akak ni ..duduk aje dalam flight nanti..akak nak tdo puas- puas coz sampai aje kat Perth nanti kami akan mulakan perjalanan yang panjang pada hari pertama. dah pergi pon 4 hari je kan. nak cover semua tempat di darat.. memang leee...


Alhamdulillah selamat mendarat.. kawalan keselamatan di kastam Perth memang ketat tapi jangan risau. isi aje dengan jujur declaration form yang diberi masa dalam flight. akak jujur je...tick  semua yang dibawa..jangan panik bila di suruh buka beg makanan yang kita bawa.Tunjukkan senarai makanan yang dah di buat...maka kastam tu taklah beria iya sangat nak check satu satu makanan yang akak bawak.
Husb yang ada bawak ubat dah siap-siapkan surat doktor ..just tunjuk aje kat kastam tu..everything jadi mudah .  tercari- cari juga kelibat anjing pengesan,  tak pula kelihatan...sebab awal pagikan . masih tidur agaknya.

Image result for declaration form kastam australia

Yang bawak ubat ,makanan dalam tin just pangkah aje kat yes tu...kalau tak jujur tu yang kena soal jawab banyak..silap-silap kena denda. 

Nampaknya sistem checking kastam kat Perth ni sama masa akak g New Zealand dulu, memang agak ketat n teliti...tapi mereka ni ramah aje menegur sapa kita.

Sebaik aje selesai pemeriksaan kastam akak terus keluar ke arrival hall ..nak cari sim card. memandangkan perjalanan di Perth ni memang tak gunakan tour guide. so google maps adalah aset terpenting untuk akak berjalan selama 4 hari ni. 
Bertentangan pintu keluar anda akan nampak 2 buah kedai iaitu vandafone dan optus.. akak beli Optus sim card  10 aud dgn kemudahan 5gb dah memadai. Pada akak vandafone agak mahal charge nya.




 Sambil menunggu Dr. ferry datang menyerahkan van yang kami sewa akak jalan-jalan le kat airport ni. Tak le besar mana ruangannya . Banyak aje kaunter sewa kereta yang buka 24 jam. kemudahan surau juga ada di sediakan, tempat mengambil wuduk ada di sertakan. Surau terletak di lorong bersebelahan kaunter sewa kereta di sebelah kiri pintu arrival .
Inilah van yang kami sewa. Besarkan. boleh muat 12 orang...oleh kerana kami tak le ramai so sangat le selesa...tempat beg pon besar.
untuk drive di Australia , tak susah . kita tak perlu buat international lesen sebab lesen kita memang boleh digunakan terus. memandangkan husb dah biasa bawak ah pad nye so tak kekoklah dia nak drive van ni. kalau sewa kenderaan mereka akan isi minyak penuh tau semasa serahkan kenderaan dan dah semestinya bila kita pulangkan kenderaan tersebut juga perlu diisi dengan minyak yang penuh. Kat Perth ni kalau nak isi minyak..rajin rajin le survey filling station yg murah..setiap hari harga minyak berbeza dan tak sama harga untuk setiap station..
Cara isi minyak pula...g kaunter ckp ..pastu isi dan bayar.


Destinasi pertama kami ialah homestay yang terletak di BALGA. tak jauh pun dalam 27 minit daripada Perth Airport.
jom layan gambar homestay  ...sapa yang berminat nak sewa homestay ni boleh klik kat link di atas tadi.


Homestay ni memang bersih dan yang paling penting ianya kepunyaan orang Islam Malaysia  so tak payah nak susah-susah nak samak segala peralatan. kemudahan mesin basuh serta dapur ada di sediakan.

 sepanjang berada di perth kami masak sendiri memandangkan kalau beli makan dah siap kat sana ..boleh tahan mahalnya. tapiiii kalau nak beli bahan mentahnya tak le mahal. daging, ayam sayur n buah-buahan boleh aje beli kat market yang berhampiran dengan homestay ni..  di Miraboka square ada supermaket namanya cole dan ada stall juga  jual ayam dan daging halal... Miraboka square  letaknya dalam 16 minit drive daripada homestay.  kalau malas nak ke kedai yang besar ..drive dalam 4 minit boleh le ke kedai  IGA . cuma kat Perth ni kedainya buka sampai jam 5 aje. so pandai-pandailah ye ..search kedai yang buka malam , kalau tak sempat nak shopping barang sebelah siangnya. 

kami sarapan di homestay ala kadar sahaja pada hari pertama sebab nak mengejar masa ...masa itu emas..memang terasa bila kita berjalan dalam tempoh masa yang singkat . ok.. destinasi di hari pertama ialah Araluen Botanical Park. perjalanan mengambil masa 45 mnit daripada area Homestay di Balga.















kagum menikmati pemandangan dan tertibnya pemandu-pemandu di jalan Perth ini menjadikan perjalanan tak terasa jauhnya. kalau memandu di sini ikut kepada had laju., jangan le buat perangai cam kat Malaysia. buat-buat tak nampak kalau sign board ada paparkan 35 km/j...60 km/j...silap hari bulan melayang 300aud . peraturan jalan raya di sini memang ketat. satu lagi akak nak ingatkan. sentiasa pakai tali pinggang  termasuk penumpang. sebab itulah jika menyewa kereta di perth .,kanak-kanak perlu diletakkan car seat kalau tak kena denda tau.. tak boleh main pangku-pangku. denda untuk tak pakai tali pinggang 100aud seorang. boleh nangis kalau kena ....




Araluen Botanical Park






sebelum masuk bayar dulu ye ...cer tengok mamat tu..ada berani ????


bayaran masuk rm15 aud seorang tapi kalau pergi lebih daripada 9 orang so dapat discount 10 aud seorang.. jauh tu bezanya...
kalau pergi waktu spring, Araluen ni tempat yang wajib dikunjungi sebab kat sinilah kalau nak tengok tulip berkembang. baru puas rasa hati akak..sebab dulu masa g Amsterdam tak dapat tengok sebab tulip ei lom musim lagi...

 terasa ayunya akak bila berdiri kat bunga tulip yang macam-macam warna ni.....











































 ni tandas tau....





Dah puas bergambar kami menuju pula ke Fremantle. Frementle ni terletak di bandar Perth so jarak daripada Araluen makan masa 1 jam 20 minit le lebih kurang. kami mesti pergi hari ni sebab ada beberapa tempat di Fremantle hanya di buka pada hari jumaat, sabtu dan ahad . Tempat tujuan utama kami ialah e shed market. jarang akak buat kerja shopping souvenir pada hari pertama. memandangkan e shed market di fremantle hanya di buka hari jumaat, sabtu dan ahad terpaksa lah akak adjust betul-betul iternary kami. 

Tempat pertama di Fremantle ialah Round House . Ianya terletak di persisiran pantai.Pemandangan daripada atas Round House sangatlah cantik.Laut yg terbentang luas sangat mengujakan.
Jom layan gambar

















 Pemandangan daripada atas Round House .Jalur kuning tu adalah seni yang dihasilkan pada bangunan di Fremantle




 Light House yang bewarna hijau tu juga salah satu  tempat kunjugan pelancong apabila berada di Fremantle.


 Kenalkan...ni le buah hati akak, merangkap driver kami ketika di Perth................






Perut dah bekeroncog menandakan tibanya waktu makan......kalau kalian daripada Round House boleh nampak tempat makan yang sentiadsa disebut-sebut oleh blogger iaitu  Kailis ....kat sini lah kedai fish &chip yg famous di blog g rakyat Malaysia. Akak dan kawan kawan makan disini...cara nak order fish & chip ialah beratur di kaunter dan buat pilihan. Sebenarnya untuk 1 hidangan boleh makan 2 orang. Harganya dalam 17 aud. Bila dah bayar di kaunter mereka akan bagi kita 1 alat penggera. alat tu bila bunyi menandakan makanan kita dah siap so boleh le g ambil kat klaunter.




 Beratur kat sini..atas tu ada menu










  bestnye makan kat sini ialah pemandangan bot-bot mewah yang betul betul bersebelahan restoran ini.






Inilah alat penggera bila kita order makanan 

Shopping ..............
Kalau nak shopping souvenir murah di Perth . pergilah ke kedai Aussin di e shed market. 3 helai baju kanak-kanak boleh dapat dalam 25 aud. kalau nak fridge magnet boleh dapat dalam 2.75 aud untuk 1 pax.  Memang jauh murah jika di bandingkan di kedai lain. Akak cam biasa..fridge magnet adalah bukti akak dah sampai di satu satu negara....
kedai aussin ni adalah kepunyaan seorang lelaki indonesia yang dah menetap di perth selama lebih 30 tahun. 



















Mana nak parking kenderaa? ada banyak aje tempat parking di e shed ni.. tapi ingat mesti bayar parking di mesin parking yang di sediakan . pastu kertas parking tu letak kat dash board kereta ye.. jangan lak tak pamerkan. penjaga parking kat sini..sentiasa aje lalu lalang. 
untuk bayar parking kena sediakan duit syiling sebab slot untuk duit kertas memang tak ada. kalau tak ada duit syiling boleh guna kad kredit anda... seram. akak memang dah sediakan siap-siap duit syiling. Harga sejam lebih kurang 2.20aud sejam  tapi ada tempat yang sampai 5.00aud sejam. parking kat sini memang agak mahal kalau di kira dengan duit rm kita.



Selesai di E Shed kami menuju ke Rainbow  Sea Container..............









memandangkan hari dah menunjukkan hampir jam 4.30 petang maka bersolatlah kami di kawasan lapang yang ada di sini.

Seterusnya ke  Fremantle market. Tujuan utama ialah nak beli barangan mentah untuk masak sepanjang berada  di sini. Fremantle market juga hanya di buka pada hari Jumaat, Sabtu dan Ahad. Kalau nak beli cenderahati nak bawa pulang memang ada di sini juga. 
Jom layan gambar..............


Pintu ni nampak macam kecil aje kan Fremantle Market ni...






















 kedai menjual kraftangan






 di sini ada sebuah stall Kebab halal ...apa lagi belilah. Harganya antara 7 aud - 10 aud.

Keletihan dah terasa...maka kami ambil keputusan untuk balik ke homestay merehatkan diri...........